Wednesday, August 21, 2013

KETIKA KITA DIUJI


Tiada insan yang tak diUji.

Firman Allah swt: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 35) 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 2,3) 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Al-Baqarah 155-157)



Temanku, kita semua pasti diuji... • Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.  • Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup. • Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.Temanku, ketahuilah... • Bila engkau lihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. • Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji. Temanku, ingatlah... • Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan bergaji besar itu menjadi ujian kita. • Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita. • Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita. • Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita. • Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita. • Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita. • Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita. • Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita. 

Begitulah hakikatnya, kita semua pasti akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa bersyukur dalam keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan dengan nikmat kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah, Makin sentiasa dirasakan kezuhudan pada diri, Makin bertambah keinginan untuk beribadat dalam mensyukuri nikmat Allah, Memanfaatkan kejalan yang betul, Tiada sifat sombong, riak, ujub dan dengki pada dirinya”. Inilah contoh dan antara hasil keadaan yang sedang dan bakal dilalui kita semua dalam bila diuji. Memang sukar menghadapi dan melepasi segala ujian ini, apatah lagi bila hidup kita masih dipenuhi dan diselangi perbuatan maksiat. Tahap iman dan taqwa kita lemah. Kefahaman Islam kita begitu rendah. Amal kita kurang. Demikian perlu untuk kuatkan dalaman kita, didalami dan difahami Islam sesempurnanya. Insya’ allah, hasil dari kefahaman yang mendalam itu akan melahirkan keyakinan dan keteguhan yang kuat untuk terus tabah mendepani ujian-ujian hidup, redha dan tidak alpa. Buat diri dan pembaca-pembaca sekalian. Perlu kita sentiasa berhati-hati dalam sering bila bercakap dan menilai orang. Amat perlu dinilai sama dan sentiasa akan keadaan diri kita. Kekuatan, ketabahan dan kesabaran hidup sangatlah sentiasa patut dipohonkan kepada Allah, kita tak tahu waktu hidup ini bila berakhir, mungkin suatu masa ujian-ujian lain itu akan ditimpa juga pada kita. Demikian perlu untuk sentiasa pohon pada Allah supaya dikuatkan Iman dan ditetapkan hati atas jalan yang diredhai-Nya. Terus berusaha dan jangan kita sewenangnya mudah mengata, mengejek dan mengaibkan orang. Pohon taubatlah kita pada Allah. Telah ramai insan lain yang sudah pergi meninggalkan kita. Ada dikalangan mereka yang mampu bersabar dan mampu mengawal diri bila berhadapan dengan bermacam ujian hidup, mereka tidak semudahnya derhaka pada ketetapan Allah, leka dan murka dari nikmat Allah. Dan ada dikalangan mereka yang tak mampu bersabar dan tewas diri bila berhadapan dengan dari ujian hidup ini. Akhir saat sebelum hidup kita macam mana segalanya tak diketahui. 

Temanku, sedarilah... • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu. • Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup. Sebagai tauladan dan penguat semangat kita, marilah sama-sama kita baca dan hayati sejarah kisah Nabi-Nabi terdahulu, para sahabat, dan ulama’. Mereka telahpun diuji dengan berbagai ujian yang lebih dasyat lagi, tak dapat nak dibanding dengan keadaan kita hari ini, bukan mudah nak menjadi hamba yang benar-benar soleh, sabar, beriman dan bertaqwa. Nabi Ayub as, diuji dengan penyakit selama berbelas tahun. Nabi Lut as dengan isteri sendiri yang durhaka pada Allah. Nabi Nuh as dengan anaknya. Nabi Zakaria as yang digergaji. Nabi Muhammad saw yang dikhianat dan diingin bunuh, para sahabat-sahabat, ulama’-ulama’ yang disiksa. Dan banyak lagi keperitan hidup yang ditempuhi mereka. Hanya syurga menjadi rebutan dan balasan yang mengembirakan dari kesakitan ini. Dihidup dan diuji dan dapat hasilnya. Jika tak dapat untuk dipercayai dan diyakini lagi hal ini. Maka adakah kita dapat juga menghalangnya dari berlaku hal kematian dan waktu hari bumi dimusnahkan?

Temanku, yakinilah... • Kita ada Allah, Tuhan yang berkuasa, yang menciptakan kita. • Kita ada Islam, Agama cara hidup yang selamat dan sempurna, yang datang benar dari Tuhan kita. • Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, Kitab hujjah, panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita. • Kita ada Nabi, yang telah mengajar, menunjuk contoh, berpesan dan memberi peringatan pada kita. • Marilah kita mentauhidkan Allah, mengikut, menerima, menuruti dan meyakini segalanya dari Allah dan utusan dari Allah yang terakhir, Nabi Muhammad saw. Sama saling mendoakan, mudahan kita terus bersemangat dan makin tabah menghadapi atau sedang berada dalam ujian. Tidak dan jangan berputus asa. Segalanya sudah pasti punyai hikmah dan sebab yang tidak kita ketahui dari Allah swt. Sama-sama renungi peringatan-peringatan ini: 
Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan. (Al-An'aam 3) 

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 216) 

Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 19) 

Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru. (Ath-Thalaaq 1) 

Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69) 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah 286) 

Sabda Nabi saw: Tidaklah seorang muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya. (Hr Bukhari) 

Hakikat sebenar kehidupan dunia adalah tempat nikmat sementara dan ia tempat diuji untuk meraih hasil syurga di akhirat. Firman Allah swt: 
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 214) 

 Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 35) 

Kesimpulannya... Masa kita yang terus berjalan. • Kita patuh perintah Allah, tapi rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah ujian dari Allah. • Kita patuh perintah Allah, dan rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu juga adalah ujian dari Allah. • Kita derhaka perintah Allah, dan rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah balasan, peringatan dan kasihnya dari Allah. • Kita derhaka perintah Allah, tapi rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun) 
Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat Allah memberikan kurniaan dari kelebihan dunia yang disukai ke atas seseorang hamba yang bermaksiat kepada Allah, maka sebenarnya itu adalah istidraj. (Kemudian Rasulullah membacakan ayat 44 Surah al-An’am)”. [Hr Ahmad, 28/547, no 17311. Dinilai hasan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dan Syu’aib al-Arnauth]



Akhirnya bila telah difahami, maka terlahirlah sifat merasa tiada lagi rasa atau beza sedikitpun bila yang cantik atau yang tidak, serba lebih dan hebat atau serba kurang dan lemah. Bila telah sentiasa sering disedari dan diingati hakikat ujian dalam hidup ini. Hakikat sebenar kehidupan didunia ini. Semua itu ujian dalam hidup. Itu semua ujian dari Allah. Bersihlah dari segala penyakit hati, ingatlah dunia akan dirasa kenyang hanya bila sudah mati. Demikian yang patut terbit, hanya ingin dirasa untuk saling membantu, berkerjasama dan memberi teguran. Rendah diri, tidak ego dan mahu hendak berbeza dalam berlumba meraih nilai yang sebenar, yang agung disisi Allah, iaitu Taqwa. Masing-masing tiap kita semua pasti akan pulang mengadap Allah, mendapat keadilan dari Allah atas segala usaha dan niat kita semasa didunia yang sebenarnya. Kelak kita ketahui hasil dari segala anugerah, kurniaan dan kekurangan itu adalah sebenarnya ujian, yang ia selalu asyik direbut dan dinilai-nilaikannya, dihina dan direndah-rendahkannya. Ini semua penting untuk disedari, ia membawa kepada natijah syurga atau neraka. Inilah kemuncak dari segala-galanya. Di Syurga tiada lagi ujian-ujian, itulah nikmat yang dinantikan.

 رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ 

 “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126) 
  Edit kali 1 26 Zulkaedah 1432 H bersamaan 24 Oktober 2011 M Isnin, 11.00 am. Terengganu, Malaysia. Edit kali 2 21 Zulkaedah 1433 H bersamaan 07 Oktober 2012 M Ahad, 07.00 am. Sana’a, Yaman.


sUMBER : http://langitilahi.com/9804

Tuesday, July 9, 2013

Psikologist mengatakan...


Psikologist mengatakan :


1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.


3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

p/s: Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. 

Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....

Friday, June 21, 2013





PROMOSI MENCETAK SAMPUL RAYA
HARGA BERPATUTAN, CEPAT, DESIGN CANTIK, 
TANPA KOS PENGHANTARAN!!







Tuesday, June 18, 2013





2 WAKTU TIDUR YANG DIBENCI ALLAH







1. Tidur di Pagi Hari Setelah Shalat Shubuh
DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ
”Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).


Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka  iaitu orang salih  adalah
tidur antara shalat shubuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih,  walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.
Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika  itu seperti tidurnya orang yang terpaksa” (Madaarijus-Saalikiin 1/459).

2. Tidur Sebelum Shalat Isya’
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum shalat isya’ dan bercerita selepasnya” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).
hadits-hadits Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum shalat isya’. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : “ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum shalat isya’ dan bercerita setelahnya. Dan sebagian ulama’ lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebagian ulama membolehkan tidur sebelum shalat isya’ khusus di bulan Ramadan saja”.
Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk shalat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu shalat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahwa alasan larangan tersebut adalah bimbang terlewatnya waktu shalat”.

Monday, June 3, 2013

penyakit tirod.. aku adalah salah seorang penghidapnye.. meh baca info penyakit ini...



Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Sakit tiroidsm

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Ringkaskannya sebaik mungkin supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda tiroid dan cara merawatnya. Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:


a) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
b) Hipotiroidisme

c) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
    
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa.
Antara penyebab penyakit ini ialah : 

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan  Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.


Hipertiroidisme:
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  1.         Bengkak di leher
  2.         Cirit birit
  3.         Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  4.         Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  5.         Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  6.         Kesuburan turun
  7.         Penumpuan kurang
  8.         Mata menjadi besar (bulging)
  9.         Angin yang tidak menentu
  10.         Kejang otot
  11.         Oesteoporosis (kereputan tulang)
  12.         Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  13.         Suhu badan naik, tak tahan panas
  14.         Rambut tidak kuat
  15.         Sukar bernafas
  16.         Sukar tidur
  17.         Tekanan darah naik
  18.         Turun berat badan walaupun selera naik
  19.         Lemah 
   Hipotiroidisme
   Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

  Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme :
  1.         bengkak kaki
  2.         ingatan terganggu
  3.         lembap
  4.         malas
  5.         kuat tidur
  6.         badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. 

Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan. Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal. Jadi sekiranya anda rasa diri anda ada tanda-tanda atau simptom-simptom yang dinyatakan di atas, jangan tunggu-tunggu lagi untuk berjumpa doktor. 


Dan sekiranya doktor mengesahkan ia masih peringkat awal, apa kata anda cuba amalkan pengambilan ORGNIC MARINE COLLAGEN kerana Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak). Lagi pun harga ORGANIC MARINE COLLAGEN jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan makanan kesihatan lain yang mempunyai khasiat setandingnya.

Thursday, May 30, 2013

Sehari tanpamu. hidupku tak keruan...huhuhu







Coklat sering dikaitkan sebagai makanan yang boleh menggemukkan. Malah mitos ini telah mula tersebar sejak dahulu lagi bahawa coklat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan antaranya ia boleh menyebabkan kegemukkan, masalah penyakit kencing manis, gigi rosak dan sebagainya.

Tapi tahukah anda? ITU HANYALAH AUTA!
Kajian menunjukkan coklat tidak berkaitan dengan masalah kencing manis, gigi rosak, paras kolesterol yang tinggi atau penyakit berkaitan jantung. jadi, jika anda penggemar coklat, usah risau! Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat.

Faktanya ialah:
- Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi
- Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat
- Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan
- Coklat Tidak Menyebabkan Migrain
- Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol
- Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat
- Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku
- Coklat Bukan Sebagai Punca Penyakit Jantung
- Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan
- Coklat Tidak Menyebabkan Barah
Tapi anda masih perlu mengawal cara pemakanan coklat, jangan berlebihan. Pastikan anda mengira kalori yg anda perlukan sebelum mengambil coklat yer..!

Jom sihat.. 

Wednesday, May 29, 2013

Kisah Inspirasi: Syeikh Mokhtar Al-bukhary





Ramai yang pernah mendengar tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary iaitu individu bumiputera yang paling kaya di Malaysia. Asetnya dianggarkan bernilai 10.6 billion dan beliau berkedudukan nombor 5 dalam senarai 10 orang paling kaya di Malaysia menurut Majalah Malaysia Business. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya. 

Latar Belakang Kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. 

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. 

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. 

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. 

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. 

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. 

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. 

Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. 

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. 

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori. 

Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. 

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. 

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. 

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. 

Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. 

Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. 

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. 

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. 

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. 

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah. 

Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. 

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. 

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport. 

Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. 

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). 

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development. 

Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. 

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus. 

Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Sumber
http://kumbangjingga.blogspot.com/2013/05/kisah-inspirasi-syeikh-mokhtar-al.html